Tuesday, January 20, 2009

Majlis Perasmian Kursus Pengubatan Islam Kumpulan Pertama
Darussyifa' Bahagian Utara Cawangan Bertam Pulau Pinang
Di Surau At-Taqwa, Taman Bertam Indah Kepala Batas Pada 15hb. November 2008

SURAU BERTAM
Pada jam 8:00 pagi, 15hb. November 2008 kaunter pendaftaran dibuka kepada semua peserta kursus. Seramai 151 orang pelajar baru telah mendaftarkan diri yang terdiri daripada 138 orang pelajar muslimin dan 13 orang pelajar muslimat.
Setelah selesai mendaftarkan diri, semua pelajar berkumpul di dalam Surau At-Taqwa untuk melakukan solat sunat Dhuha, Bacaan Yaasin dan Zikir yang dipimpin oleh Ustaz Zulkifli bin Zainon.

Ustaz Zulkifli sedang memberi taklimat

Rombongan daripada Darussyifa' Pusat yang diketuai oleh Pengerusinya Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad dan Ahli Jawatan Kuasa , telah sampai ke Surau Al-Taqwa kira-kira pada pukul 9:30 pagi. Kedatangan mereka disambut oleh Ahli Jawatan Kuasa Darussyifa' Cawangan Kamunting. Rombongan dari Darussyifa' Pusat ini tiba daripada Kuala Terangganu.

Pada jam 10.30 pagi, semua pelajar berada dalam surau untuk mendengar taklimat dan pesanan ringkas daripada Tuan Haji Abdul Rahman bin Ahmad Pengerusi Darussyifa' Pusat. Antaranya ialah penegasan tentang disiplin , pemakaian yang sesuai sebagai pelatih, berkopiah putih dan juga tentang ketepatan masa. Taklimat ringkas ini selesai pada jam 10:40 pagi.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Dan Pegubatan Islam Malaysia

YBhg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din tiba di Surau At-Taqwa pada jam 10:45 pagi. Ketibaan beliau disambut oleh Tuan Pengerusi Darussyifa' Pusat dan ahli rombongan serta Pengerusi Darussyifa' Cawangan Kamunting dan Ahli Jawatan Kuasanya. Setelah Tuan Guru mengambil tempat di dalam surau, majlis terus dimulakan dengan lafaz ikrar pelajar-pelajar baru Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' di hadapan YBhg Tuan Guru. Lafaz ikrar pelajar diketuai oleh Sdr. Rosidi bin Hussain.

Lafaz ikrar pelajar

Selepas selesai lafaz ikrar, pengerusi majlis menjemput Ustaz Abdul Rahim iaitu pengerusi pengelola kursus untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dalam ucapan tersebut Ustaz Abdul Rahim mengalu-alukan kedatangan YBhg Tuan Guru dan menceritakan idea untuk mengadakan kursus ini . Antaranya ialah kerana sampai saat ini masih belum ada satu pun cawangan Klinik Pengubatan Islam Darussyifa' yang beroperasi di negeri Pulau Pinang. Dalam ucapan itu , beliau juga mengumumkan pembukaan Klinik Pengubatan Islam Darussyifa' Cawangan Bertam yang akan beroperasi di surau Al-Taqwa Taman Bertam Indah pada malam Sabtu bermula jam 8.30 malam sehingga jam 11.00 malam setiap minggu.

Selepas ucapan aluan daripada pengerusi pengelola, pengerusi majlis menjemput YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din untuk menyampaikan amanat dan seterusnya merasmikan pembukaan Kursus Pengubatan Islam Bahagian Utara Cawangan Bertam. Dalam ucapannya YBhg Tuan Guru menyatakan kesyukurannya kepada Allah kerana diberi keizinan dan kelapangan oleh Allah SWT untuk menghadiri majlis tersebut. Beliau juga melahirkan rasa suka dan gembira kerana satu lagi Kursus Pengubatan Islam yang diasaskan olehnya dapat dijalankan di bahagian utara ini. Dalam ucapan perasmian ini juga YBhg Tuan Guru menjelaskan antaranya :

1. Konsep Pengubatan Islam iaitu kesembuhan hanya daripada Allah, kita hanya berikhtiar dan berdoa kepada Allah.
2. Status Pengubatan Islam dari pandangan penduduk dunia
3. Sistem Pengubatan yang diamalkan oleh manusia di dunia.
4. Sistem Pengubatan yang diamalkan oleh Nabi dan para Sahabat.
5. Hadith-hadith Nabi tentang Pengubatan Islam.
6. Hadith Nabi tentang harus ambil upah selepas rawatan.
7. Tiga belas Hadith Nabi berkenaan kaedah rawatan dan cara merawat dalam Islam

YBhg Tuan Guru Mengijazahkan bacaan Asas 10
Sebelum melafazkan ucapan perasmian YBhg Tuan Guru mengajar Bacaan Asas 10 kepada para pelatih baru secara talaqi dan seterusnya mengijazahkan Bacaan Asas 10 ini untuk diamalkan oleh semua pelatih dengan pesanan agar membacanya dengan sempurna mengikut makhraj dan tajwid yang betul sebelum menghafalnya.

Tepat jam 1.15 ptg Ybg. Tuan Guru melafazkan perasmian pembukaan kursus Pengubatan Islam Bahagian Utara Cawangan Bertam Kepala Batas Pulau Pinang.
Majlis di Surau At-Taqwa bersurai selepas Solat Zohor berjamaah pada jam 1:30 ptg.

Atur Cara Majlis yang lengkap adalah seperti berikut;
8:00pg ~ 8:30pg : Pendaftaran Pelatih baru
8:30pg ~ 9:30pg : Solat sunat Dhuha , bacaan surah yaasin dan zikir
9:30pg ~ 10:30pg : Rehat dan minum pagi
10:30pg ~ 10:40pg : Amanat dan Nasihat daripada Pengerusi Darussyifa' Pusat
10:45pg ~ 10:50pg : Ketibaan Ybg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dan Ikrar Pelatih
10:50pg ~ 11:00pg : Ucapan Pengerusi Majlis
11:00pg ~ 11:10pg : Ucapan Pengerusi Pengelola Kursus Ustaz Abdul Rahim Mohd. Noor
11:10pg ~ 01:10tgh : Ucapan Perasmian Ybg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din0
1:15tgh ~ 01:30tgh : Solat Zohor dan bersurai

Selepas majlis di Surau At-Taqwa, Ybhg Tuan Guru berserta rombongan daripada Darussyifa’ Pusat menikmati jamuan makan tengahari di Rumah rehat yang berhampiran.



Pelajar-pelajar bersalaman dengan YBhg Tuan Guru
Untuk Rujukan Darussyifa' Cawangan Bertam:
Darussyifa' Cawangan BertamSurau At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas,Pulau Pinang.

Waktu Rawatan:

Sabtu: 8:30 malam hingga 11:00 malam (Mulai 10hb Jan 2009 - Setiap 2 minggu)
Untuk Maklumat Lanjut Sila hubungi;

1. Ust Zakaria Nasirudin (H/P: 012-4315349)
2. Ustaz Rosidi Husaain (H/P: 019–4704800)

1 comment: