Monday, May 19, 2008

Buku Terbaru Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

BUKU TERBITAN DARUSSYIFA’: “IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT DENGAN AYAT-AYAT DAN DOA’-DOA’ MUSTAJAB”
Sebuah buku oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din yang diterbitkan oleh Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’ bertajuk “Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-ayat dan Doa’-doa’ Mustajab. Dengan membeli buku ini bermakna anda juga telah menyumbang kepada Dana Pembangunan Darussyifa’. Buku ini patut dimiliki oleh semua ahli Darussyifa’ dan juga orang ramai yang sering mendapatkan rawatan di Darussyifa’. KATA PENERBIT Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanya bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. juga kepada ahli keluarga dan keturunan baginda sekaliannya. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana usaha untuk menerbitkan buku yang dinamakan “Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-ayat dan Doa-doa Mustajab” akhirnya terlaksana juga. Buku ini disusun dengan sebegini rupa bagi memudahkan ahli-ahli Darussyifa’ untuk merujuk dan menghafal doa-doa dan ayat-ayat al-Quran yang menjadi asas dalam ikhtiar rawatan penyakit kepada masyarakat. Terdapat banyak doa-doa dan ayat-ayat al-Quran sebagai rawatan penyakit, bagaimanapun di dalam buku ini doa-doa dan ayat-ayat al-Quran yang dipilih oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din merupakan yang paling kerap diamalkan bagi membantu mereka yang memerlukan pertolongan dalam usaha ikhtiar untuk mencari kesembuhan penyakit. Buku ini dilengkapkan dengan Surah Yaasin, Bacaan Asas 10 Pertama, Bacaan Asas 10 Kedua, Rangkaian Zikir dan Doa-doa Mustajab. Disusun sebegini rupa supaya mudah untuk dibawa dan diamalkan ketika berjemaah (berkumpulan) atau seorang diri. Bagi memudahkan mereka yang tidak memahami bahasa Arab, semua bacaan di dalam buku ini mempunyai terjemahan. Ini bertujuan untuk menambahkan lagi keyakinan dan kekhusyukan apabila memahami makna doa-doa tersebut.. Buku ini diterbitkan oleh Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia dan saya sebagai mewakili persatuan ini sangat mengalu-alukan cadangan dan pandangan dari mereka yang membaca buku ini terutamanya ahli-ahli Darussyifa’. Penerbitan buku ini adalah suatu usaha murni untuk mengumpul khazanah ilmu-ilmu pengubatan Islam yang diturunkan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din kepada kita semua dengan izin Allah SWT. Ahli-ahli Darussyifa’ adalah disarankan agar mengambil peluang untuk mengamalkan semua doa-doa yang disusun di dalam buku ini. Doa-doa ini semua menjadi amalan yang berterusan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dan kita sebagai anak murid sepatutnya berasa bertuah kerana dapat memperoleh ilmu-ilmu ini daripada beliau. Akhir kata saya berdoa semoga Allah SWT menurunkan rahmatNya kepada semua pembaca buku ini dan semoga Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din sekeluarga dikurniakan keberkatan di dunia dan di akhirat . Amiiiiiin. Yang Ikhlas, Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad Pengerusi Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’ (11 Februari 2008 / 4 Safar 1429H) MUKADIMAH TUAN GURU Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanya kepada Allah SWT, Tuhan yang memiliki dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar penghulu kita nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga dan keturunan baginda sekaliannya. Tiada ucapan yang lebih besar selain daripada bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang telah sama-sama kita kecapi. Ilmu bukan sesuatu yang senang diperoleh dan tidak boleh dinilai dengan mata benda dunia. Hidayah bukan sesuatu yang mudah kita perolehi. Taufik daripada Allah SWT amat sukar kita dapati. Namun jikalau kena caranya dengan niat yang ikhlas kepada Allah SWT, dengan tekad untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, dengan niat untuk memungkinkan kita menjadi tentera-tentera Allah, maka semua yang disebutkan tadi mudah untuk Allah SWT tunaikan kepada kita. Pengubatan Islam yang kita amalkan merupakan sedutan yang bersumber dari al-Quran, as-Sunah, amalan as-Salafussoleh, Ahluz-zikr dan pengalaman ahli pengubatan Islam yang muktabar. Kita sekali-kali tidak mencampur-adukkan yang halal dan haram. Kita juga menolak sepenuhnya semua kaedah yang mempunyai unsur syirik. Dengan itu saya mewasiatkan kepada anda kaedah pengubatan yang halal dan yang bersih daripada kemurkaan Allah. Beramallah dengannya dan bantulah masyarakat yang amat memerlukannya. Belajar ilmu pengubatan seelok-eloknya mendapatkan ijazah daripada guru kerana itu adalah warisan yang diterima oleh saya daripada semua guru-guru saya termasuk daripada ayahanda saya sendiri. Sebagai mengambil contoh, Imam as-Shafie juga ketika berguru dengan Imam Waqi´ mendapatkan ijazah daripada gurunya setelah tamat belajar. Ketika Imam as-Shafie belajar dengan Imam Malik, dia tidak dibenarkan memberi fatwa oleh Imam Malik sehingga ia diijazahkan. Justeru itu kesimpulannya tidak cukuplah belajar ilmu pengubatan hanya dengan membaca buku sahaja. Dengan ilmu yang ada melalui buku ini saya berdoa dan berharap semoga mereka yang beramal dengannya akan bersedia memenuhi seruan masyarakat kerana sangat besar ganjarannya sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang mafhumnya; “Kalau kamu sanggup bangun dari kerehatan untuk menolong seorang kawan yang sangat berhajat tanpa mengharap balasan dunia dan ikhlas kerana Allah, maka perbuatan ini adalah lebih baik daripada kamu pergi beriktikaf di Masjid Nabawi selama sebulan dengan disiang harinya berpuasa, membaca al-Quran serta sembahyang sunat.” Saya berharap anda akan berpegang kepada seruan ini sebagai satu amanat. Semoga Allah SWT mengurniakan sepenuh keberkatan dan rahmatnya kepada kita semua di dunia dan akhirat insya-Allah. Ingatlah kepada Allah nescaya Allah akan mengingatimu. Ikhlas dari saya Dato’ Dr. Haron Din Pengasas & Penasihat Darussyifa’ 11 Februari 2008 / 4 Safar 1429H Berikut pula adalah isi kandungan buku ini;
ISI KANDUNGAN BUKU KATA PENERBIT MUKADIMAH TUAN GURU MEMULAKAN MAJLIS DENGAN SURAH AL-FATIHAH SURAH YAASIN & TERJEMAHANNYA BACAAN ASAS 10 PERTAMA BACAAN ASAS 10 KEDUA RANGKAIAN ZIKIR DOA-DOA MUSTAJAB SELEPAS MAJLIS ZIKIR
(1) Selawat & Pujian-pujian kepada Allah di Permulaan Doa
(2) Doa Mohon Keselamatan, Kesihatan dan Tolak Bala
(3) Doa Mohon Kesembuhan Daripada Penyakit
(4) Doa Supaya Dimudahkan Segala Urusan
(5) Doa Mendiami Tempat Baru & Tempat Ada Gangguan
(6) Doa Supaya Dilapangkan Hati
(7) Doa Supaya Aman Daripada Gangguan Makhluk Halus
(8) Doa Mohon Rahmat Dan Keberkatan Sesuatu Majlis
(9) Doa Mohon Murah Rezeki
(10) Mendoakan Mereka Yang Akan Mengerjakan Haji
(11) Mendoakan Orang Yang Hilang Barang
PENDAHULUAN KEPADA IKHTIAR RAWATAN PENYAKIT BENTENG PERTAHANAN DIRI (1) PENDINDING DENGAN SURAH AL-FATIHAH
(2) PENDINDING DENGAN AL-MUAWWIZAT
(3) PENDINDING DENGAN AYATUL KURSI
(4) PENDINDING DENGAN SURAH YAASIN AYAT 1 ~ 9
(5) PENDINDING DENGAN DOA BERKUBU (6) PENDINDING DENGAN AYAT PENGGERAK
KAEDAH RAWATAN PENYAKIT IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT
Doa Asma
Doa Bila Orang Datang Mengadu Sakit
Doa Barah
Doa Batu Karang
Doa Bisa (Bismillah Tujuh)
Doa Bismillah Lima Doa Buah Pinggang
Doa Buasir
Doa Campak Doa Darah Tinggi Doa Demam Panas Doa Gastrik Doa Gigi Sakit Doa Gusi Sakit Doa Gusi Bengkak & Bernanah Doa Gila Merian Doa Jantung Doa Kayap Doa Kenan & Kecacatan Bayi Doa Kencing Malam Doa Kencing Manis Doa Koma Doa Lumpuh & Doa Angin Ahmar Doa Sakit Mata Biasa (Merah & Berair) Doa Sakit Mata Buta Seluang Doa Sakit Mata Sebab Sihir Doa Sakit Mata Tahi Berlebihan Doa Nyanyuk Doa Penyakit Yang Sukar Diubati Doa Penerang Hati Doa Penerang Hati - Elak Lupa Doa Hutang dan Murah Rezeki Doa Keselamatan Diri & Harta Benda Doa Kolesterol Doa Mandul – Mohon Mendapat Zuriat Doa Marah & Panas Baran Doa Menghentikan Tabiat Jahat Doa Pelembut Doa Penahan Doa Pendekat Jodoh Doa Rawatan Ulangan Doa Resdung Doa Sakit Dalam Dada – Sesak Nafas Doa Sakit Dalam Dada – Dada Berdebar-debar Doa Sakit Kepala Doa Sakit Perut Doa Sawan Biasa Doa Sawan Tangis Doa Selsema Doa Selusuh Doa Sukar Bersalin Doa Tidur – Gangguan Tidur Doa Tidur – Terkejut Daripada Tidur Doa Alih Hujan Doa Bangun Tidur Mengikut Masa Yang Dihajati Doa Bayi Songsang Doa Dapat Anak Lelaki Atau Perempuan Doa Darah Gemuruh & Fobia Doa Gaut Doa Histeria Doa Istikharah Doa Kanak-kanak lambat bercakap Doa Menentang & Merawat Sihir Doa Pemutus Susu & Henti Tabiat buruk Doa Pemutus Ubat Doa Pengasih (Ayatul Mahabbah) Doa Penjaga Harta dan Ahli Keluarga Doa Penunduk Doa Putus Cinta (Untuk Mengatasi Kekecewaan) Doa Rawatan Terbakar & Melecur Doa Sakit Pinggang Doa Tahnik Doa Telepathy Doa Tercekik Tulang Doa Tiup Pada Air Doa Tulang Patah Sayyidul Istighfar Selawat Munjiyyah Ucapan Syahadah Kepada Pesakit Menderam Kaifiat Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang Pesanan Penting Tuan Guru Tambahan Doa kepada Pesakit Menderam Doa Mengatasi Masalah Cemburu & Hasad Dengki Kaifiat Bacaan Yaasin Untuk Rawatan Koma Ayat-ayat Ruqyah Untuk Pengubatan dan Perlindungan dari Sihir Doa Tahlil Arwah (Versi Tuan Guru) Buku ini adalah terbitan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’. Harga jualan runcit buku ini ialah RM15 di Semenanjung Malayisa dan RM16 di Sabah & Sarawak. Buku ini dijual dengan harga RM13 kepada ahli-ahli Darussyifa’. jika berminat sila buat tempahan untuk diri sendiri atau hadiah : sms 016-4323101
**** ** Belilah Sambil Menderma Untuk Dana Pembangunan Darussyifa’ *********